Kini masanya telah tiba

Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang mengurniakan rezeki, nikmat kesihatan yang baik, nikmat ketenangan alam yang menjadikan hari-hari kita baik untuk diteruskan.

---

Aku senyum dengan berita yang baik aku terima. Kami  sekeluarga diizinkan Allah untuk pulang ke pangkuan orang tua kami. Berita ini merupakan penantian yang paling kami tunggu, sehinggakan keluarga, sahabat-sahabat mengucapkan "akhirnya, dapat balik juga". Perkataan "akhirnya" itu, seperti mereka juga seakan menanti berita perpindahan kami. Allahuakhbar, Terima kasih keluarga dan sahabat-sahabat akan doa kalian.

---

6 tahun kami merantau ke bumi dibawah bayu. 2011 - 2017 terasa singkat kami meniti masa, hari-hari kami di negeri jauh merentasi Laut China Selatan bagi mengajar anak-anak Sabahan sehingga mereka mencapai segulung Diploma untuk bekalan masa depan mereka. Nikmat rezeki ini, hanya terpilih oleh-NYA dan kami bersyukur kerana dipilih dan semua kenangan manis sentiasa tersimpan abadi di dalam ingatan dan hati aku.

---

Pastinya merindui mereka semua yang baik-baik di tempat kerja, pelajar-pelajar, rakan-rakan Sabahan. Banyak kenangan bersama mereka dan bersama mereka juga aku belajar banyak perkara. Yelah, berada di negeri orang, pastinya suasana, amalan, fahaman, loghat, budaya, berbeza. Dari pengalaman merantau ini, aku belajar sifat keterbukaan di dalam menerima apa yang berbeza dengan kami dan itu yang menjadikan pengalaman ini sangat berharga. Bila cakap mengenai loghat, uniknya, loghat Sabah menggunakan bahasa baku dan aku sangat fasih di dalam menggunakan bahasa Sabah sehinggakan mereka-mereka fikirkan aku adalah Sabahan walhal aku hanyalah anak merantau yang sampai masa akan pulang ke kampung halaman di Semenanjung. Dan moga aku sentiasa dapat bertutur di dalam bahasa Sabah walaupun telah meninggalkan Sabah selepas ini.  

---

Akhirnya, jangan berhenti berdoa, sentiasa yakin akan kasih sayang Allah. Bukan DIA tidak tahu apa yang kita rasa, DIA tahu cumanya DIA lebih tahu masanya yang sesuai bila. Kita hanya merancang tetapi DIA adalah sebaik-baik Perancang. Khusnuzon dan istiqomah di dalam berdoa pada Allah. Pastinya akan tiba berita gembira, yakinlah.

---

With love
SHK

No comments:

Wednesday, October 25, 2017