HATI DAN AKAL

Setiap hari selalu cakap kat diri, nak menulis nak menulis nak menulis, tetapi selalu tak dapat dek kekangan banyak perkara. Alhamdulillah, pagi 17 Mac 2019, sementara menanti azan solat Subuh, aku menaip sekejap. 

Untuk minggu ini, dua perkara yang berlaku, sehingga tidak tercapai di akal, ianya berlaku. Sungguh jelas, ianya melibatkan HATI dan AKAL.

  • Apabila AMANAH tidak dilunaskan
  • Kejadian tembakan rambang di Christchurch, New Zealand
Dua-dua perkara ini, secara peribadi aku jelas kelihatan pada hati dan akal. Hati yang baik memberi isyarat pada akal yang waras dan hati yang tidak baik memberi isyarat pada akal yang tidak waras. Jangan di salah anggap, bukan aku untuk menghukum pada hati yang tidak baik, tetapi jelas setelah berlaku kejadiannya ke atas dua perkara yang aku nyatakan di atas, ianya ujian pada hati seseorang dan akalnya bertindak selari dengan hati. 

AMANAH

Ianya satu tanggungjawab. Besar yer apabila kita sebut mengenai amanah dan tanggungjawab. Aku setiap masa pesan dalam diri, amanah yang aku bawa sekarang ini sangat besar, baik di dalam kerja, di rumah dan secara keseluruhannya pada kehidupan yang aku bawa setiap hari dan setiap masa. Andai amanah itu tidak di buat, impaknya adalah di alam sana, pasti di tanya. 

Di dalam kerja aku, aku memikul amanah mendidik pelajar-pelajar aku. Andai aku tidak melakukan amanah itu sebaiknya, impaknya sangat besar, bukan pada aku saja tetapi pada pelajar-pelajar, ibu bapa pelajar, institusi dan masyarakat keseluruhannya.

Cuma sekarang ini, yang aku masih tidak boleh untuk terima apabila terdapat "dia" yang tanpa rasa amanah itu adalah sesuatu yang wajib untuk dibuat. Itu yang aku cuba untuk tafsirkan dari hati dan akal seseorang manusia. Ya, mungkin hati itu bertindak untuk melanggar amanah dan tidak bertanggungjawab tetapi Allah kan kurniakan kita akal untuk berfikir. Di mana akal seseorang apabila tidak terfikir akan amanah itu adalah berat dan mesti dibuat? Jangan akal itu disamakan dengan hati. Disebabkan itu, hati sahaja, tidak boleh digunakan untuk membuat keputusan, kerana hati itu bermacam-macam. Ada marah, tidak suka, baik, suka, dan pelbagai. Kalau semua keputusan itu ikut pada hati sahaja, parahlah semuanya. 

Aku katakan di atas, "apabila AMANAH tidak dilunaskan", soalan aku tetap sama, "dimana akal seseorang apabila tidak terfikir akan amanah itu berat dan mesti dibuat?" . Tindakannya, tidak menjalankan amanah dan bersenang lenang, malah menyalahkan orang yang menjalankan amanah dan mereka yang tidak menjalankan amanah ini, play as a victim. Aku masih tidak boleh terbayang, ini boleh berlaku. Untuk aku mengatakan tidak berakal, Allah ciptakan kita semua dengan akal, fungsinya untuk berfikir yang baik dan buruk. Yang baik untuk kita buat, yang buruk untuk kita tinggalkan. Andai kita tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk itu, Allah...
Moga Allah memelihara hati-hati kita semua untuk memilih bertindak secara waras pada yang baik dan tinggalkan perkara yang buruk.

Amanah ini adalah penting, ianya akan terlihat pada keberlangsungan sistem pengurusan secara peribadi pada diri sendiri, pada keluarga, dan pada institusi. Amanah goyah, goyah lah pada yang lain kerana kita tidak menitik berat akan amanah, sedangkan, andai amanah itu dijalankan dengan baik, khususnya pada diri sendiri, keluarga dan institusi, amanah yang dipikul itu akan kelihatan lancar, baik dan diselesaikan. Sekiranya amanah itu tidak dijalankan dengan baik, patahlah sistem pengurusan kita.

Keadilan di dunia hanya mengikut pada prosedur dunia, dikenakan tindakan dan sebagainya dan ianya mungkin boleh berubah. Tetapi KEADILAN ALLAH, bagi yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab, ianya pasti akan dihisab, pasti disoal akan setiap yang dipertanggungjawabkan. Waktu itu, penipuan tidak akan berlaku sama sekali. Kata-kata apa yang terkeluar adalah yang benar-benar sahaja. Oleh itu, sebelum nak ikut hati, berakal waras lah dahulu.

.......

TEMBAKAN RAMBANG

Aku tak tengok video yang diperkatakan. Aku hanya membaca kejadian ini di surat khabar dan di media social. Aku menangis. Andai aku tengok video tu agaknya aku tak boleh tidur malam dan mungkin tak berhenti menangis bila setiap kali teringat.

Bila baca bagaimana sebelum penembak itu mulakan tembakan dengan memasang kamera dan membuat live di facebook dan twitter, Allahuakhbar. Sistem otak aku memang tak boleh nak berfikir langsung, bagaimana akal fikiran si penembak boleh tercapai akalnya untuk berbuat demikian. Hatinya telah ditutup habis akan simpati dan kemanusiaan, malah si penembak membuatnya seakan-akan sedang bermain pemainan video. Allahurabbi.

Allah memilih mereka yang syahid, pada hari Jumaat, masih berwuduk menunggu untuk solat, dan di dalam rumah yang suci, rumah Allah. Kejadian ini akan kekal menjadi sejarah.

ISLAMOPOBHIA

Takutkan Islam. Apa yang ditakutkan dengan Islam? Bila pengganas saja, dikaitkan dengan Islam, apa bukti selama ini yang pengganas itu berkaitannya dengan Islam? Lihat sahaja kejadian tembakan rambang ini, telah jelas buktinya pengganas itu bukan dari kami, malah terang-terangan mangsa yang dituju adalah orang Muslim yang ketika itu dalam keadaan aman, tidak bersenjata malah sedang ingin menunaikan solat. Kenapa perlu diperlakukan pada kami yang tidak bersenjata? Apakah yang ditakutkan? Fahaman si pengganas terhadap kami yang akan merampas tanah mereka, TIDAK MASUK AKAL! Yahudi Israel yang sangat jelas merampas tanah Palestin, adakah kami bertindak kejam terhadap Yahudi Israel? TIDAK. Jadi kenapa perlu ada ISLAMOPHOBIA?

HATI dan AKAL

Jelas sekali hati si penembak penuh benci sehinggakan As Syahid Muhammad Ato memberi salam pada si penembak dengan salamnya "Hello Brother" dan tanpa rasa simpati, si penembak tetap terus menembak. Kalaulah akal si penembak ketika itu menjalankan fungsinya sebagai berfikiran waras, mungkin akalnya akan memberi signal untuk tidak menembak dan pasti tiada sejarah pada hari Jumaat 15 Mac 2019 akan tertulis.

Hati dan akal ini membentuk peribadi, kelakuan seseorang. Perkara-perkara negatif yang berlaku sehingga tidak tercapai akal kita, jadikan ianya sebagai pengajaran dan bermuhasabah diri. Alhamdulillah hati dan akal kita masih waras dan sentiasa memohon doa supaya Allah sentiasa menjaga hati dan akal kita supaya kita tidak jauh dariNYA dan masih memelihara yang baik dan menjauhi kita dari melakukana perkara-perkara yang tidak baik.

With Love
SHK

No comments:

Saturday, March 16, 2019